Thursday, August 27, 2009

(Moga ditempatkan di taman2 syurga...)

salam ramadhan buat semua sahabat....ramadhan menjelma lagi...memori silam mengetuk pintu hati....aku masih terkenangkan sahabat tersayang dunia akhirat yang telah kembali ke rahmatullah 27 mei lalu...sesungguhnya dia merupakan sahabat yang tiada tolok bandingnya...ketika aku dalam kesusahan..dialah insan pertama menghulurkan tangan...tak termampu untuk ku coretkan pengorbanan dia sebagai seorang sahabat..namun,aku akur pada takdir yang maha esa..bahawa DIA lebih menyayanginya...moga dicucuri rahmat yang maha Esa,pantasnya masa berlalu, 12 tahun persahabatn terjalin..bukan tempoh yang mudah untuk ku lupakan,dari kami sama-sama belajar mengerti jerihnya menuntut ilmu,hinggalah masing-masing membina kerjaya...aku merasa diriku amat bertuah kerana 'dipinjamkan' olehNYA sahabat sebaik MARINI ABD AZIZ...Syukur pada Mu tuhan..
DUHAI TEMAN SEJATIKU...

jika perpisahan bertamu..

saat demi saat

terlalu pantas menyusur waktu

meninggalkan jejak-jejak semalam

yang barangkali pahit untuk digamit

menukilkan kenangan

yang barangkali indah penuh kiasan

saat perpisahan bisa bertandang

wajah kan sugul kepayahan

lafaz kan tenat kelukaan

sesungguhnya teman

air mata perpisahan itu

sejernih embun di dedaun

bak mutiara berkilauan

menyingkap rahsia keikhlasan..



syafaat mahsyar...

duhai teman sejatiku..

aku inginkan persahabatan indah ini

bisa menjadi syafaat

di mahkamah mahsyar nanti

ketika semua umat manusia

gusar mencari perlindungan

Allah menyeru tujuh golongan

antaranya dua pemuda

yang saling berkasih-sayang kerana Allah

begitu sabda junjungan..

"7 golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja.Antaranya ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah..."


Wednesday, August 19, 2009


Perlawanan persahabatan antara guru maahad dan guru itqan,bertenaga sengit dan menarik.perlu diteruskan sebagai wadah dalam mengeratkan silaturrahim.keputusan perlawanan 3 buat Maahad dan 5 buat Itqan.Tahniah buat guru-guru

Barisan pemain dari Maahad Ahmadi

Tuesday, August 4, 2009

Asalamualaikum cikgu!
“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.
Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada
bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.
Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.
Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan
sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.
Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.
Guru tidak meminta
apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.
Kelembutan di sebalik ketegasan
Pada suatu ketika tertentu suasana pembelajaran menjadi agak tegang kerana kedengaran suara guru yang tegas menegur pelajar-pelajarnya yang tidak membuat tugasan seperti yang diarahkan. Pelajar-pelajar pula mempunyai berbagai-bagai perasaan seperti marah, malu, geram dan sedih atas peristiwa yang menimpa pada diri mereka. Ada juga pelajar yang berasa lega kerana kelakuan rakan-rakannya yang buruk itu akhirnnya diketahui dan diambil tindakan oleh guru.
Bagi pelajar-pelajar yang menerima teguran sudah tentu berasa marah malah ada yang berdendam di hati sehinggkan sanggup melakukan perkara yang tidak diingini ke atas guru tersebut. Sebenarnya teguran dan ketegasan yang ada pada guru itu merupakan tanggungjawab yang ikhlas yang harus dipikul dan dilaksanakan demi kasih sayang mereka terhadap pelajar-pelajar.
Dalam hal ini ketegasan yang ditunjukkan oleh guru merupakan satu tindakan untuk memberi gambaran seperti berikut kepada pelajar-pelajar.
• Melahirkan rasa keprihatinan: Setiap guru menganggapkan para pelajar itu sebagai anak-anak mereka sendiri. Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak yang disayangi, mereka akan sentiasa peka terhadap perkembangan mereka baik dari segi keselamatan, kelakuan ataupun prestasi pembelajaran. Oleh itu sebarang teguran atau larangan adalah bertujuan murni untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar bukan kerana membenci mereka sepertimana yang difikirkan oleh segelintir pelajar.
• Menyelamatkan pelajar daripada kecundang: Semua guru inginkan pelajar-pelajarnya berjaya. Guru akan sentiasa runsing selagi keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya belum diumumkan. Guru juga orang yang paling gembira apabila pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan. Oleh itu segala teguran dan luahan rasa yang ditujukan kepada pelajar ialah bertujuan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam kancah kehidupan yang berakhir dengan kemusnahan.
• Pencabar dan pembakar semangat: Setiap teguran dan nasihat guru harus diteliti secara positif. Anggapkan kata-kata teguran itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi dengan tenang dan bijaksana. Begitu juga dengan nasihat yang diberikan itu perlulah dianggapkan sebagai kata-kata pembakar semangat yang menyemarakkan jiwa dan perasaan pelajar bukannya untuk menimbul kemarahan.
Setelah mengerti tujuan sebenarnya teguran yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar, maka segala sifat ketegasan yang dilihat pada zahirnya sebenarnya ada kelembutan di jiwa mereka. Oleh itu wajarlah pelajar-pelajar menghargai segala jasa guru dengan
cara menghormati mereka, tidak menyakiti hati mereka serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang bakal diraikan bersama oleh guru.

Sunday, August 2, 2009







ni kat jusco kl



Wednesday, July 8, 2009


KESIHATAN
Rahsia kismis
Kismis baik untuk kanak-kanak dan orang dewasa dalam diet harian mereka.
MASIH ingatkah anda dengan pesan orang tua-tua atau ibu tentang makanan yang harus diambil jika ingin pintar dalam pelajaran? Tentulah kismis. Menjelang peperiksaan inilah satu-satunya diet yang kerap diberikan ibu.
Adakah dakwaan kismis dan kaitan ketajaman minda benar atau ia sekadar mitos? Ini kerana jarang sekali ibu bapa atau orang tua dapat memberikan penjelasan lanjut kenapa kismis baik untuk minda.
KISMIS turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Malah keduanya, adakah kebaikan kismis hanya sekadar menyumbang kepada manfaat minda semata-mata?
Kismis atau dipanggil raisin dalam bahasa Inggeris atau zabib dalam bahasa Arab, disabdakan Rasulullah, "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan, menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."
Apakah sebenarnya rahsia kismis sehingga ia mendapat tempat sejak ratusan tahun dulu?
Kismis sebenarnya berasal daripada buah anggur yang menjalani proses penyahidratan sama ada menggunakan matahari atau menggunakan ketuhar. Terdapat beberapa jenis kismis yang popular seperti sultana, malaga, monukka dan muscat.
Akibat proses penyahidratan saiz kismis menjadi lebih kecil iaitu hanya separuh duit syiling lima sen. Dalam satu penulisan dalam majalah Today Dietitian mengungkapkan kismis sebagai gula-gula asli dan semula jadi.
Kenapa begitu? "Ia adalah salah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrisi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium," nukil artikel itu.
Jika begitu, tidakkah kismis membahayakan kesihatan? Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga.
Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot. Oleh itu, kismis turut berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas.
Snek ini menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan.
Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.

Tuesday, July 7, 2009

Berhampiran dengan gunung tempat tinggal ku ada beberapa sarang burung helang. Melihat burung helang ini terbang memang mengasyikkan dengan ketinggian dan kemegahan yang di pamerkan. Tidak hairan kalau burung-burung yang lain merasa takut dengan si helang yang gagah ini. Bercakap tentang helang, aku teringat satu kisah yang di ceritakan oleh guruku tentang bagaimana seekor helang perlu membuat keputusan penting dalam hidupnya untuk terus kekal relevan.
Menurut kajian sains, seekor helang mempunyai usia yang sangat panjang hingga ada mencecah usia 70 tahun lebih. Apa yang berlaku ialah apabila mencecah usia selanjut itu seekor helang tidak lagi mempunyai paroh dan kuku yang kuat untuk menangkap mangsa. Dalam banyak hal ia selalu akan gagal menangkap mangsa untuk mendapat makanan. Ia juga akan sentiasa kalah dalam menghadapi saingan dengan helang-helang muda yang lain. Oleh itu demi untuk memastikan ia terus relevan dan dapat hidup bersaing si helang tua ini akan pergi ke sebuah bukit batu dan mula mematuk dan mencakar batu di bukit tersebut. Ini menyebabkan paroh dan kukunya berdarah dan patah dan mengakibatkan kesakitan yang sangat kepadanya. Namun selepas beberapa ketika paroh dan kuku baru yang kuat dan tajam akan tumbuh kembali dan membolehkan si helang terus mencengkam mangsanya dan mampu untuk bersaing dengan helang muda.
Nah, itulah pengorbanan helang untuk memastikan ia terus relevan di dalam komunitinya. Dalam menghadapi era globalisasi, liberalisasi dan perkembangan teknologi sudah tentu memerlukan banyak perubahan yang harus kita lakukan untuk terus relevan di dalam masyarakat. Kegagalan kita untuk menerima perubahan akan menyebabkan kita bukan saja tak relevan dengan masyarakat sekeliling malah mungkin akan di anggap beban. Mungkin perubahan ini akan menyebabkan kita tercalar di sana-sini tetapi itulah tuntutannya seperti seekor helang tadi. Contoh yang sangat senang ialah sikap suka membaca. Dalam zaman limpahan maklumat dewasa ini amat janggal untuk kita berbicara dengan masyarakat jika sekirannya kita tidak mengetahui maklumat.




Nawal aneesa,siap-siap nak g jalan -jalan







Gambar ini di ambil ketika nak balik program peningkatan guru-guru MaahadAhmadi bertempat di Excel,Lenggeng selama 2 hari,pengisian program bermanfaat dan menarik,flying fox,berakit,berenang dan yang menarik nya main paint ball,yang pastinya balik dalam keadaan letih dan sakit-sakit badan,program luahan rasa adalah antara program yang bermanfaat...yang penting mewujudkan teamwork memang berhasil....


Tuesday, May 12, 2009

Siapa kah yg rugi, siapa yg untung ?
Siapakah orang yang sibuk?Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnyaseolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.Siapakah orang yang manis senyuman nya?Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalahorang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.Siapakah orang yang kaya?Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.Siapakah orang yang miskin?Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk-numpukkan harta.Siapakah orang yang rugi?Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.Siapakah orang yang paling cantik?Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikandi mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang matitidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak keranatelah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Tuesday, March 31, 2009



Ibu dan ayah...

Keberkatan Bismillah

Berkat Membaca BismillahAda seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

Thursday, March 5, 2009

Wednesday, March 4, 2009

Emosi Negatif vs Emosi Positif

Menukar emosi negatif kepada emosi positif adalah satu kemahiran. Setiap kemahiran boleh dipelajari oleh sesiapa saja termasuk Anda dan saya.
Menukar emosi negatif kepada yang positif sekelip mata adalah sama seperti kemahiran memandu, berenang, menaip dan memasak. Ada orang melakukannya dengan cukup baik sekali, lancar saja.
Ada orang buat tak berapa baik, sedikit lambat dan merangkak-rangkak. Pendek kata, tahap penguasaan berbeza. Ada yang OK, ada yang biasa-biasa saja.
Oleh kerana berbeza, Anda boleh jadikan kemahiran menukar emosi semakin cekap dari tahap penguasaan emosi Anda sekarang ini. Bagaimana caranya?
Berlatih, berlatih, berlatih. Berlatih menukar emosi negatif kepada yang positif tiap kali Anda sedar yang Anda sedang berada dalam emosi negatif.
Kenal pasti emosi-emosi negatif tatkala Anda di dalam satu-satu situasi, di mana-mana jua, bila-bila masa.
Bila dah kenal pasti emosi-emosi negatif ni, cepat-cepat tukar kepada emosi positif. Lepas tu kekalkan emosi positif tadi selama mungkin seboleh yang mungkin sepanjang hari. Bila dah kekal dalam emosi positif, barulah ada kegembiraan dalam diri Anda.
Anda perlu mengawal semua yang bermain di kepala Anda supaya sentiasa bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan. Anda juga kena tahu membezakan mana satu fikiran yang baik (fikiran positif) dan mana satu fikiran buruk (fikiran negatif).
Kawal hidup Anda dengan selalu mengawal apa yang bermain di fikiran. Ia adalah tanggapan Anda tentang sesuatu benda, seseorang, sesuatu perkara atau sesuatu keadaan.
Dalam fikiran itu, Anda biasanya memasukkan emosi baik atau buruk, bergantung pada persepsi Anda apabila melihat sesuatu situasi.
Sebab mengapa orang-orang berjaya jarang tengok berita adalah kerana berita-berita buruk seperti gempa bumi, jenayah, rogol, kes bunuh atau percanggahan politik akan membangkitkan emosi-emosi negatif serta merta.
Emosi negatif seperti Kesal, kecewa, marah, dendam, sakit hati timbul secara automatik tiap kali mereka melihat, membaca atau mendengar berita sebegitu walaupun sedikit.
Mereka tak nak emosi positif yang nak dikekalkan sepanjang masa diganggu oleh emosi-emosi negatif. Bila terasa fikiran mereka mula dimasuki emosi negatif, mereka akan tukar cepat-cepat kepada emosi positif dalam masa satu saat. Beginilah cara orang-orang berjaya membina kemahiran tukar emosi.
Anda boleh lakukan perkara yang sama. Disiplinkan diri, cuba kawal emosi yang bermain di kepala Anda.
Tukar emosi negatif kepada yang positif. Berlatih, berlatih dan terus berlatih! Kuatkan semangat.

Hepikan diri

Adakah Anda merasa hidup Anda sekarang ini susah? Dibelenggu masalah kewangan meruncing dan masalah bagai tak pernah surut, satu persatu muncul dalam hidup Anda?
Kita perlu sedar, sesusah susah kita, ada orang yang hidupnya lebih susah hidupnya dari hidup kita. Jadi, perlu bersyukur, sekurang-kurangnya hidup kita tak sesusah mereka. Masih ada peluang untuk kita membina kegembiraan saat demi saat.
Bila Anda dah mencapai kesenangan hidup, sedarlah ada orang yang hidupnya lebih senang daripada Anda, pencapaiannya lebih tinggi daripada Anda. Jangan pernah berhenti memajukan diri, selepas itu bantu orang lain memajukan diri mereka pula.
Hidup ini ibarat bulatan.
Bentuknya bulat dan akan sentiasa seimbang sepanjang masa, dari kiri ke kanan, tak ada lebar di sebelah kiri atau bengkok di sebelah kanan. Anda kena terima hakikat, hidup kita kena seimbang, kena bulat. Orang putih kata, kena “be syncronised”.
Susah kita tak akan pernah berpanjangan, kerana ia akan berganti dengan senang. Mungkin sekarang Anda
merasa tertekan, tetapi gembirakanlah hati kerana ada sesuatu yang benar-benar menggembirakan anda sedang menanti, cuma menunggu masa untuk tekanan yang melanda hidup anda habis tempohnya.
Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita. Jadi, jangan berhenti expect happines from your own life!
Apa yang kita percayai, apa yang kita selalu fikirkan, itulah yang akan jadi. Fikiran, perkataan, perbuatan dan bisikan hati kita adalah ayat-ayat DOA dalam diam.
Jadi, berhati-hati dengan apa yang Anda sedang doakan. Mana tahu, Anda mendoakan supaya yang negatif didatangkan dalam hidup Anda melalui emosi-emosi negatif yang Anda fikirkan berulang-ulang. Kawal apa yang Anda di fikiran Anda.


Berlatarbelakangkan Qubbatussakhrah,di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.....bila agaknya bole ziarah masjidil aqsa di pelestin yer.....
Nawal sedang cuba memotong kek,ini kek birthday ibu..thank you ibu...
nawal dalam kereta ngan ibu dan ayah.....








pemandangan dari jendela

Gambar ini di ambil pada suatu petang yang indah,selepas balik kuliah...sebab malas nak kuar dan tak tau nak watpe tangkap la gambar....dari bayt ahmar abyad,urdun.










Gambar ini di ambil di upacara penyerahan geran tanah kepada semua peserta felqra,di Felqra Ramuan Cina kecil , melaka.

Thursday, February 26, 2009




Monday, February 23, 2009

1. Banyakkan membaca dan memandang Al-Qur'an2. Perbanyakkan istighfar3. Perbanyakkan selawat ke atas RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.(Kalau berkemampuan 300 kali sehari. Kalau tak mampu, lazimkan diri baca selawat 10x selepas solat fardhu, bila dah biasa... tambahkan lagi 20x bacaan selawat selepas solat fardhu... dan begitulah seterusnya upgrade kan 'amalan liLlaahi Ta'ala)4. Dirikan 'ibadah di satu pertiga malam (Qiamullail). (Insha'ALlaah mampu menjernihkan fikiran, hati, jiwa dan melapangkan dada. Sekaligus memudahkan urusan di siang hari)5. Baca do'a semasa memegang kitab atau buku. Syeikh Syidad bin Hakim dapat do'a ini dalam mimpi:
بسم الله وسبحان الله ولا إله إلا الله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم العزيز العليم عدد كل حرف كتب ويكتب أبد الآبدين ودهر الداهرين
6. Baca do'a ini selepas solat fardhu atau selepas selesai belajar.
آمنت بالله الواحد الآحد الحق وحده لا شريك لك وكفرت بما سواك
7. Kurangkan makan supaya otak jadi jernih dan terang.

8. Makan kismis 21 biji sehari dengan selawat.
9. Makan kekacang seperti pistachios 3 biji sehari10. Minum susu (Sebaiknya minum 1 gelas di waktu pagi & 1 gelas sebelum tidur)11. Makan sayur bayam12. Minum kacang soya

13. Makan buah kurma 2 -3 biji sehari. (Telah berkata Profesor Ungku Aziz: "Saya mempunyai ingatan yang kuat hingga ke hari ini kerana saya mengamalkan sunnah Nabi MuhammadSollaLlaahu 'alaihi wa sallam makan kurma 2 biji sehari"

14. Minum madu satu sudu pagi dan petang.
15. Makan minyak ikan (Vitamin B1) seperti yang di'amalkan oleh orang Jepun.16. Elakkan makan kepala ikan dan organ dalaman haiwan(Seperti hati ayam, perut lembu/ kerbau, dll)17. Belajar berterusan dan selalu mengulangkaji pelajaran18. Elak berfikiran negatif
19. Elakkan memikirkan perkara maksiat kerana maksiat menutup 'aqal dari cahaya kebenaran.

Sunday, February 22, 2009


Selamat hari jadi,buat isteri tersayang..
moga sentiasa sihat sejahtera,Di murahkan rezeki n sentiasa bahagia....

Monday, February 16, 2009

gambar PLKN




Aktiviti hari keluarga di kuala rompin. pahang.




Friday, February 13, 2009











  • Memori indah
  • amik gambo ngan si bongsu yg banyak songeh,hehehhe
  • bersama sahabat tersayang..marini..thanks 4 everything!!

family baru...2007


first time raye kat kedah..
  • dr kiri...abg deq,ayu,apis,me,ayang,ami
  • duduk..ieda,ayah,ibu, n mina...
  • the last one..fifie


Melangkah bersama..........

190807...abadi selamanya!!


ya Allah ya tuhan kami...kurniakanlah kami keredhaan,ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari bahtera ini....

permata hati ibu ayah



2nd day....tok nyang pegang neesa....mg anak ibu ayah jadi insan terbilang..ameen!!!

Monday, February 9, 2009


Ibu,apa kabar..nawal masuk internet ni..


Perjalanan jauh tak terasa,bila bersama..berjalan-jalan di taman tamadun islam,terengganu.
Nawal aneesa,cahaya mata kami yang pertama..tengah bergaya sakan ni..
Alek berposing di dalam masjid kristal,