Thursday, August 27, 2009

(Moga ditempatkan di taman2 syurga...)

salam ramadhan buat semua sahabat....ramadhan menjelma lagi...memori silam mengetuk pintu hati....aku masih terkenangkan sahabat tersayang dunia akhirat yang telah kembali ke rahmatullah 27 mei lalu...sesungguhnya dia merupakan sahabat yang tiada tolok bandingnya...ketika aku dalam kesusahan..dialah insan pertama menghulurkan tangan...tak termampu untuk ku coretkan pengorbanan dia sebagai seorang sahabat..namun,aku akur pada takdir yang maha esa..bahawa DIA lebih menyayanginya...moga dicucuri rahmat yang maha Esa,pantasnya masa berlalu, 12 tahun persahabatn terjalin..bukan tempoh yang mudah untuk ku lupakan,dari kami sama-sama belajar mengerti jerihnya menuntut ilmu,hinggalah masing-masing membina kerjaya...aku merasa diriku amat bertuah kerana 'dipinjamkan' olehNYA sahabat sebaik MARINI ABD AZIZ...Syukur pada Mu tuhan..
DUHAI TEMAN SEJATIKU...

jika perpisahan bertamu..

saat demi saat

terlalu pantas menyusur waktu

meninggalkan jejak-jejak semalam

yang barangkali pahit untuk digamit

menukilkan kenangan

yang barangkali indah penuh kiasan

saat perpisahan bisa bertandang

wajah kan sugul kepayahan

lafaz kan tenat kelukaan

sesungguhnya teman

air mata perpisahan itu

sejernih embun di dedaun

bak mutiara berkilauan

menyingkap rahsia keikhlasan..



syafaat mahsyar...

duhai teman sejatiku..

aku inginkan persahabatan indah ini

bisa menjadi syafaat

di mahkamah mahsyar nanti

ketika semua umat manusia

gusar mencari perlindungan

Allah menyeru tujuh golongan

antaranya dua pemuda

yang saling berkasih-sayang kerana Allah

begitu sabda junjungan..

"7 golongan yang Allah akan naungi mereka di bawah naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sahaja.Antaranya ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah,mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah..."


Wednesday, August 19, 2009


Perlawanan persahabatan antara guru maahad dan guru itqan,bertenaga sengit dan menarik.perlu diteruskan sebagai wadah dalam mengeratkan silaturrahim.keputusan perlawanan 3 buat Maahad dan 5 buat Itqan.Tahniah buat guru-guru

Barisan pemain dari Maahad Ahmadi

Tuesday, August 4, 2009

Asalamualaikum cikgu!
“Asalamualaikum cikgu!” Itulah di antara kata-kata hikmat yang diucapkan kepada guru setiap hari. Kata-kata tersebut dilafazkan sama ada di bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Dengan erti kata yang lain, kita sebagai seorang murid perlu sentiasa menghormati guru tidak kira di mana sahaja berada.
Menghormati guru sama seperti kita menghormati kedua ibu bapa kita. Guru berada
bersama murid selama hampir enam jam sehari. Jumlah ini tidak termasuk waktu menjalankan aktiviti ko-kurikulum.
Guru bukan sahaja menjalankan tugas untuk mengajar tetapi mempunyai berbagai tanggungjawab yang lain.
Pembimbing: Guru kita ialah seorang pembimbing yang sentiasa memberi nasihat, tunjuk ajar dan pedoman ke arah kehidupan yang lebih sempurna. Kata-kata nasihat yang diberikan tidak seharusnya diambil ringan. Ia harus dihormati dan digunakan dalam kehidupan. Ia juga merupakan seorang motivator yang sentiasa membakar semangat murid-murid ketika berada dalam keadaan yang kecewa untuk terus berusaha menghadapi cabaran dan menempah kejayaan.
Penjaga: Selain daripada pembimbing guru juga merupakan seorang penjaga kerana pada masa itu ibu bapa murid sedang bekerja. Oleh itu sebagai seorang penjaga tindakan mereka samalah seperti tindakan ibu bapa murid-murid sendiri. Ada ketikanya seseorang guru itu marah dan mengenakan denda sekiranya murid-murid melakukan kesilapan atau melanggari peraturan
sekolah. Ada ketikanya pula guru-guru akan gembira dan memberi ganjaran jika murid-muridnya berkelakuan baik dan menumpukan segala perhatian terhadap pelajaran.
Pemudahcara: Guru juga merupakan seorang pemudahcara iaitu menyelesaikan masalah murid terutamanya dalam pembelajaran. Murid bebas bertanya kepada guru tentang masalah pembelajarannya sekiranya murid tidak memahami sesuatu topik. Walau bagaimanapun usaha yang gigih dan ikhlas daripada murid perlulah digandakan dan janganlah terlalu mengharapkan bantuan guru semata-mata. Dengan hanya mengharapkan bantuan guru sahaja akan menjadikan seseorang murid itu malas.
Guru tidak meminta
apa-apa balasan daripada murid atas segala tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan. Harapan mereka agar segala tindakan yang mereka lakukan itu dapat dihargai oleh murid-murid dengan mengikuti segala nasihat yang diberi dan digunakan dalam kehidupan.
Kelembutan di sebalik ketegasan
Pada suatu ketika tertentu suasana pembelajaran menjadi agak tegang kerana kedengaran suara guru yang tegas menegur pelajar-pelajarnya yang tidak membuat tugasan seperti yang diarahkan. Pelajar-pelajar pula mempunyai berbagai-bagai perasaan seperti marah, malu, geram dan sedih atas peristiwa yang menimpa pada diri mereka. Ada juga pelajar yang berasa lega kerana kelakuan rakan-rakannya yang buruk itu akhirnnya diketahui dan diambil tindakan oleh guru.
Bagi pelajar-pelajar yang menerima teguran sudah tentu berasa marah malah ada yang berdendam di hati sehinggkan sanggup melakukan perkara yang tidak diingini ke atas guru tersebut. Sebenarnya teguran dan ketegasan yang ada pada guru itu merupakan tanggungjawab yang ikhlas yang harus dipikul dan dilaksanakan demi kasih sayang mereka terhadap pelajar-pelajar.
Dalam hal ini ketegasan yang ditunjukkan oleh guru merupakan satu tindakan untuk memberi gambaran seperti berikut kepada pelajar-pelajar.
• Melahirkan rasa keprihatinan: Setiap guru menganggapkan para pelajar itu sebagai anak-anak mereka sendiri. Sebagai ibu atau bapa kepada anak-anak yang disayangi, mereka akan sentiasa peka terhadap perkembangan mereka baik dari segi keselamatan, kelakuan ataupun prestasi pembelajaran. Oleh itu sebarang teguran atau larangan adalah bertujuan murni untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar bukan kerana membenci mereka sepertimana yang difikirkan oleh segelintir pelajar.
• Menyelamatkan pelajar daripada kecundang: Semua guru inginkan pelajar-pelajarnya berjaya. Guru akan sentiasa runsing selagi keputusan peperiksaan pelajar-pelajarnya belum diumumkan. Guru juga orang yang paling gembira apabila pelajar-pelajarnya mencapai kejayaan. Oleh itu segala teguran dan luahan rasa yang ditujukan kepada pelajar ialah bertujuan untuk menyelamatkan pelajar-pelajar daripada terjebak dalam kancah kehidupan yang berakhir dengan kemusnahan.
• Pencabar dan pembakar semangat: Setiap teguran dan nasihat guru harus diteliti secara positif. Anggapkan kata-kata teguran itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi dengan tenang dan bijaksana. Begitu juga dengan nasihat yang diberikan itu perlulah dianggapkan sebagai kata-kata pembakar semangat yang menyemarakkan jiwa dan perasaan pelajar bukannya untuk menimbul kemarahan.
Setelah mengerti tujuan sebenarnya teguran yang diberikan oleh guru kepada pelajar-pelajar, maka segala sifat ketegasan yang dilihat pada zahirnya sebenarnya ada kelembutan di jiwa mereka. Oleh itu wajarlah pelajar-pelajar menghargai segala jasa guru dengan
cara menghormati mereka, tidak menyakiti hati mereka serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kejayaan yang bakal diraikan bersama oleh guru.

Sunday, August 2, 2009







ni kat jusco kl